Ahad, Ogos 03, 2014

ALKHAWARIZMI



Nama sebenar beliau ialah Abu Jaafar Mohammad Ibnu Musa dan lebih dikenali dengan Al-Khawarizmi. Beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad. 

Beliau dilahirkan pada tahun 780M = 194H di Khawarizim ( khiva) Bukhara, selatan Laut Aral, Uzbekistan.












Dalam usia muda beliau bekerja di Bayt al-Hikmah di Baghdad dan telah diberi kepercayaan untuk memimpin perpustakaan khalifah. 

Beliau telah berjasa dalam bidang falak pada zaman Khalifah al-Ma’mun ibn Harun ar Rasyid ( 813 - 833M ) pemerintah Kerajaan Bani Abbasiyah di Baghdad dan telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. 



Antara jasa jasa al Khawrizmi adalah
  1. Membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu
  2. Membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy. 
  3. Menghasilkan peta dunia pertama yang telah diterokai pada zaman itu. 
  4. Menghitung isipadu dan ukurlilit bumi, 
  5. mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari. 

Al-Khawarizmi juga adalah seorang ahli matematik yang agung. Beliau telah merintis algebra (arithmatic), penggunaan angka sifar dan perpuluhan, fungsi sin, cos dan tangen, ungkapan quadratik secara geometri dan trigonometri.  









Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah

πŸ’™πŸ’– PERTAMA πŸ’–
AL JABR WAL MUQABALAH

Beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. 

πŸ’™πŸ’– KEDUAπŸ’–
HISAB AL-JABR WAL MUQABALAH 

Beliau telah mengajukan contoh-contoh persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian daripadanya merupakan persoalan yang dikemukakan oleh Neo Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi. 

πŸ’™πŸ’– KETIGAπŸ’–
 SISTEM NOMBOR 

Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam sistem nombor pada zaman sekarang. ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero Indorum.







Beliau pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam.

Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia dalam berbagai disiplin. Diantara karangan Al-Khawarizmi ialah
  • Kitab at-Tarikh (falak), 
  • Kitab al-Rukhmat (falak), 
  • Istkhraj Tarikh al-Yahudi (falak), 
  • Kitab Surat al-Ard (falak-geografi),
  • Hisab al-Jabr wal Muqabalah (matematik) 
  • Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi (arithmatic). 







Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui dan beliau telah dianggap sebagai sarjana mathematik yang masyhur oleh dunia Islam Barat.

Menurut Wiedmann pula berkata..

al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang yang bergeliga sains

Al-Khawarizmi wafat pada tahun 850 M bersamaan 266H di Baghdad.

Hasil penulisan dan karyanya telah dipelajari dan digunapakai sehingga ke hari ini.

πŸ’šπŸ’›πŸ’™πŸ’–

IBNU TAIMIAYAH

IBNU TAYMIAH
Nama beliau adalah Abu al-Abbas Taqiuddin Ahmad ibn Abd al-Salam ibn Abdullah ibn Taymiya al-Harrani merupakan seorang pemikir dan ulama Islam dari Harran, Turki.. Beliau telah dilahirkan pada 22 Januari 1263 bersamaan 10 Rabiul Awwal 661 H iaitu pada zaman kegemilangan pemerintahan Kerajaan Islam Bani Abbasiyah di Baghdad
Semenjak kecil sudah nampak tanda-tanda kecerdasan pada diri beliau. Ketika berusia enam tahun (tahun 1268), beliau telah dibawa oleh ayahnya ke Damsyiq, Syria.

Di Damsyiq beliau menghafal Al-Qur’an dan menuntut pelbagai cabang ilmu daripada para ulama, huffazh dan ahli-ahli hadits. Ketika umur beliau belum mencapai belasan tahun, beliau sudah menguasai ilmu- ilmu Usuluddin, Tafsir, Hadits dan Bahasa Arab. Beliau juga telah mengkaji musnad Imam Ahmad, kemudian kitab Kutubus Sittah dan Mu’jam At-Thabarani Al-Kabir.

Kemampuan beliau dalam menuntut ilmu mulai terserlah pada usia 17 tahun. Pada usia 19 tahun beliau telah memberi fatwa dalam masalah masalah keagamaan. Penguasaan Ibnu Taimiyah dalam ilmu - ilmu Islam telah berjaya mengatasi kemampuan para ulama zamannya.

Selain daripada menghafal matan-matan hadits, Ibnu Taymiyyah juga amat menguasai ilmu-ilmu berkaitan dengan hadith seperti ilmu Rijalul hadits, Al-Jarhu wat Ta’dil dan Thabaqah-Thabaqah sanad . Ilmu Rijalul Hadith ialah ilmu yang mengkaji tentang latarbelakang orang yang meriwayatkan atau membawa sesuatu hadith.

Setiap malam Ibnu Taymiyyah menulis tafsir, fiqh dan ilmu Usul Sehari semalam beliau mampu menulis empat buah kurrosah (buku kecil) yang memuat berbagai pendapatnya dalam bidang syari'ah. Ibnul Wardi menuturkan dalam Tarikh Ibnul Wardi bahwa karangan beliau mencapai lima ratus judul. Karya-karya beliau yang terkenal adalah Majmu' Fatawa yang berisi masalah fatwa fatwa dalam agama Islam

Beliau wafat di dalam penjara Qal`ah Dimasyq pada tanggal 20 DzulHijjah th. 728 H. Jenazah beliau disolatkan di masjid Jami`Bani Umayah sesudah solat Zohor dan dikebumikan sebelah makam saudaranya Syaikh Jamal Al-Islam Syarafuddin.

Menurut Al-Allamah As-Syaikh Al-Karamy Al-Hambali dalam Kitabnya Al-Kawakib AD-Darary : “Banyak sekali imam-imam Islam yang memberikan pujian kepada (Ibnu Taimiyah) ini. Diantaranya: Al-Hafizh Al-Mizzy, Ibnu Daqiq Al-Ied, Abu Hayyan An-Nahwy, Al-Hafizh Ibnu Sayyid An-Nas, Al-Hafizh Az-Zamlakany, Al-Hafidh Adz-Dzahabi dan para imam ulama lain”.

Sabtu, Ogos 02, 2014

JAAFAR BIN ABU TALIB


Abu Talib termasuk dalam golongan bangsawan Quraisy dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat

Namun, kehidupannya juga susah dan mempunyai tanggungan yang banyak.
Dia pernah mengalami keadaan yang sangat susah ketika saat kemarau panjang. Tanamannya mati kerana kekeringan air dan banyak orang terpaksa memakan bangkai.

Bagi meringankan bebanan Abu Talib, Rasulullah telah mengambil Ali bin Abi Talib tinggal bersamanya dan Saidina Abbas ( juga bapa saudara Nabi) telah mengambil Jaafar bin Abi Talib.

Ja'far bin Abi Thalib (juga dikenali dengan jolokan Jafar-e-Tayyar) adalah sepupu Nabi Muhammad S.A.W ( anak lelaki Abu Thalib ) Ja'far dibesarkan oleh bapa saudaranya, Abbas bin 'Abdul Mutalib, kerana ayahnya yang miskin dan harus menanggung keluarga besar.
Dari sudut akhlak, tubuh badan dan rupa Jaafar bin Abi Thalib adalah yang paling mirip kepada
Nabi Muhammad berbandiang dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang lain.

Nabi Muhammad memanggil Ja'far, sebagai "Bapa orang-orang Miskin", kerana beliau selalu menolong dan membantu orang miskin dengan semua wang yang dimiliki. Ja'far bin Abi Thalib termasuk golongan awal memeluk Islam. Semasa di Madinah, Rasulullah s.a.w telah mempersaudarakan beliau dengan Muaz bin Jabal r.a. Ja'far bin Abi Thalib telah bernikah dengan Asma binti Umais.




Makam Jaafar bim bi Tolib di Mu'tah, Jordan


HIJRAH KE HABSYAH ( eTHOPIA )

Disaat pengikut-pengikut awal yang memeluk Islam menerima pelbagai seksaan yang pedih itu, maka turunlah surah al-Kahfi sebagai jawapan yang antara lain satu isyarat daripada Allah kepada hamba-hamba-Nya itu supaya berhijrah.

Jaafar Bin Abu Talib telah mengetuai rombongan kaum Muslimin Mekah ke Habsyah yang terdiri daripada 83 orang lelaki dan 18 orang wanita. Sebaik sahaja rombongan ini tiba di Habsyah, mereka telah bergabung dengan kaum Muslimin dari Yaman seramai 50 orang di bawah pimpinan Abu Musa Al-Asy dan Jaafar bin Abu Talib telah diangkat sebagai ketua kumpulan.

Melihatkan kepada keadaan di Habsyah ini, dua orang wakil dari kaum Quraisy telah dihantar oleh pembesar mereka untuk berjumpa dengan Raja Habsyah yang bernama Raja Najjasi, dengan harapan untuk mengembalikan semula rombongan dari Mekah ke Mekah. Dua wakil Quraisy itu adalah Amr bin As dan Imarah bin Walid. Kedua-dua nya diutuskan kepada Raja Najjasi dengan membawa hadiah untuk dipersembahkan.



Sebaik bersua dengan Raja Najjasi (Ashamah al Najashi ), mereka berkata “ Sesungguhnya satu rombongan kaum kerabat kami telah meninggalkan Mekah dan lari ke negeri tuanku. Mereka lari kerana tidak suka kepada kami dan agama kami, bahkan mereka tidak mengikut agama tuanku. Sesungguhnya pemimpin Quraisy mengutuskan kami untuk menjumpai tuanku, dan supaya tuanku mengembalikan mereka ke Mekah”



Masid yang menempatkan makam  Jaafar bin Abi Talib di Mu'tah, Jordan

Lalu, Jaafar bin Abu Talib selaku ketua kumpulan kaum Muslimin tadi datang bersama beberapa orang kaum Muhajirin mengadap Raja Habsyah tanpa memberikan rukuk hormat sebagaimana adat di istana, lalu Raja Habsyah pun bertanya “ Mengapa kamu tidak hormat seperti adat yang biasanya dalam istana ini?”

Lalu, Jaafar bin Abu Talib pun menjawab dengan rendah dirinya,
“ Kami telah memberikan penghormatan kepadamu dengan cara penghormatan ahli syurga. Kami memang tidak rukuk kecuali kepada Allah.”
Raja bertanya: “Agama apa yang kamu anuti itu sehingga kamu rela meninggalkan kaum kamu tidak mahu masuk agamaku dan tidak agama-agama lain?”


Jaafar menjawab,”



“Oleh kerana kami mengikutnya, maka kami diseksa dan ditindas dengan tujuan supaya kami kembali ke zaman jahiliah. Disebabkan hebatnya penindasan dan penekanan mereka, ini maka kami lari ke negeri tuan. Kami memilih negeri tuan kerana ingin dekat dengan tuan. Kami harap tuan tidak menganiaya kami”. Begitulah kata-kata yang terkeluar dari mulut Jaafar bin Abu Talib.

Apabila merasakan misi mereka mula menampakkan kegagalan, maka Amru al As mencelah dan berkata: "Wahai paduka baginda, sesungguhnya mereka menuduh Isa (Nabi) dengan perkataan-perkataan yang tidak baik".

Sebagai seorang raja dan juga pendeta agama Nasrani. Raja Najjasi telah menguji sekali lagi pengetahuan Jaafar bin Abu Talib tentang Nabi Isa.

Tanpa sebarang ragu-ragu Jaafar pun membacakan beberapa ayat dari permulaan surah al-Maryam. Sebaik Raja itu mendengar bacaan surah Maryam dari Jaafar, lalu beliau menangis sambil berkata,” Sesungguhnya ini dan yang dibawa oleh Isa adalah berasal dari satu sumber”. Raja Najjasi akhirnya memeluk Islam, dan diikuti dengan ramai rakyat dinegerinya.




Kemudian, Raja Najjasi mengisytiharkan akan melindungi orang-orang Mukmin yang berhijrah serta memulangkan hadiah hadiah yang dibawa kepada dua orang utusan Quraisy.
Maka wakil-wakil Quraisy itu akhirnya terpaksa pulang dengan kegagalan

Ja'far bin Abi Thalib pulang dari Habsyah sewaktu penaklukan Khaibar ( Tahun 629M ) dan turut menuju ke Khaibar bersama dengan Abu Musa Al-Asy'ary. Pada tahun ke 8 Hijrah, Ja'far bin Abi Thalib mengikut perang Mu'tah dan gugur syahid di sana. Peperangan Mu’tah merupakan peperangan pertama umat islam dengan pasukan Rom


SULTAN ABDUL HAMID 2

Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842 bersamaan 15 Syaaban 1258H. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 7 tahun. Sultan Abdul Hamid II menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi.

Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz yang berkuasa cukup lama. Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah. 


Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V, putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak lama dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah.

Sultan Abdul Aziz mewariskan negara dalam keadaan tidak terurus. Tunggakan hutang luar negeri, parlimen yang tidak berfungsi, campur tangan asing di dalam negeri, tarik menarik antara pelbagai kepentingan Dewan Negara dan Dewan Menteri serta para ahli politik yang korup.

Pada hari Isnin 14 Ogos 1876 bersamaan 23 Rejab 1293 H, Sultan Abdul Hamid dibai’at sebagai Khalifahd. Ketika itu Baginda berusia 34 tahun. 

Kebijaksanaannya menguruskan urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Sokongan padu kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil mengurangi tekanan Eropah terhadap Daulah Uthmaniyyah.




Sultan Abdul Hamid II telah memimpin sebuah kerajaan yang luasnya terbentang dari timur hinggalah ke barat. Pemerintahannya selama 30 tahun sentiasa dikelilingi konspirasi serta fitnah dari dalam dan luar negeri.

Ini termasuk usaha jahat yang dilakukan oleh kaum Yahudi untuk mendapatkan sebidang tanah di bumi Palestin yang ketika itu menjadi sebahagian dari empayar Kerajaan Uthmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi agar mereka dapat memasuki Palestin, antaranya;

  1. Sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan pada tahun 1892 kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan untuk tinggal di Palestin.
  2. Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang menemui Sultan Abdul Hamid pada tahun 1896 sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds
  3. Melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29 - 31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Uthmaniyyah.

Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan arahan melarang rombongan penziarah Yahudi untuk tinggal lebih dari tiga bulan di Palestin, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. 


Seterusnya pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan arahan mengharamkan penjualan tanah di Palestin kepada Yahudi.


Theodor Hertzl,

Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah
  1. 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.
  2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencecah 33 juta pound sterling Inggeris.
  3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank
  4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.
  5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin.


Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan,



Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. 

Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka”. 

Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai “Hamidian Absolutism”, dan sebagainya.

   :  :  SULTAN ABDUL HAMID 2 DIKHINATI      

Pada malam 27 April 1909 ( Selasa 6 Rabiul Akhir 1327H ), Sultan Abdul Hamid telah didatangi beberapa orang tamu yang tidak diundang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. 



Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah yang bersetuju dengan penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya. 

Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali turut mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut dengan persetujuan oleh anggota senat yang lain. 

Keempat utusan itu adalah 


  1. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Uthmaniyyah (Meclis-i Mebusan)
  2. Aram Efendi,wakil rakyat Armenia, 
  3. Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah, 
  4. Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebus


Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka. Dengan nada angkuh, Esat Pasha menyampampaikan berita pemecatan ini.


Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,…. tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini ( Emmanuel Carasso ) masuk ke tempatku?”

Jawab Sultan dengan nada yang amat murka.
Emmanuel Carasso adalah orang yang pernah bersekongkol dengan Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin.


Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid ini telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk dan Sultan Abdul Hamid II sendiri telah kehilangan kuasa dan diturunkan dari takhta.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu. “Bawa adik-adikmu ke dalam.” Sultan Abdul Hamid menyuruhh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar.

Membayangkan masa depan anak-anaknya yang masih kecil seramai sembilan orang lelaki dan tujuh orang perempuan , Sultan Abdul Hamid yang akur dengan pemecatan ini meminta pertimbangan agar dia dan keluarganya dibenarkan . tinggal di istana Caragan.




Namun permintaan ini ditolak mentah-mentah. Dengan berat hati Sultan dan anggota keluarganya terpaksa meninggalkan Istana Yildiz. iaitu istana kayu yang menjadi tempat tinggal Sultan Abdul Hamid. Pada malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya telah diangkut dan dibawa ke Salonika, Yunani.

Dengan ini atas sokongan kaum Yahudi, Sultan Mehmed V telah dilantik menjadi pemerintah kerajaan Uthmaniyyah yang baru. Sultan Mehmed V telah dijadikan “ boneka “ dalam menjayakan kempen kaum Yahudi melumpuhkan kekuasaan Daulah Uthmaniyyah.

Sultan Abdul Hamid II dan keluarganya telah dipenjarakan dalam istana tua milik Yahudi di Beylerbeyi. Selama 6 tahun mereka telah dikurung dalam kamar tanpa perabot. 




Sultan dan beberapa anggota keluarganya tidak dibenarkan keluar kecuali untuk menunaikan solat Jumaat di luar istana dengan kawalan yang amat ketat.Makan dan minumnya disukat sedemikian rupa dan kualiti makanan adalah sangat rendah.

Hari ahad 10 Februari, 1918 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1336H. Sultan Abdul Hamid II pemerintah Daulah Uthmaniyyah yang terakhir telah menghembuskan nafasnya di dalam penjara Beylerbeyi

Sumber;
1. Harb, Muhammad (1998).
2. Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003)
3. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah ‘Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425.

JURAIJ


Dalam Hadith menyatakan bahawa terdapat empat orang bayi yang boleh berkata-kata sewaktu kecilnya. Mereka adalah Nabi Isa a.s anak Maryam, anak Masyitah tukang sikat anak perempuan Firaun, bayi yang terdapat dalam kisah Ashabul Ukhdud serta bayi milik gembala kambing dalam kisah Juraij.Dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan kisah tentang seorang pemuda bernama Juraij.

Juraij adalah seorang pemuda Bani Israil yang rajin beribadat.Seluruh masanya dihabiskan untuk beribadat kepada Allah. Untuk ini Juraij telah membina sebuah pondok kecil yang terletak jauh di atas sebuah bukit.

Pada suatu hari ibunya datang ke tempat peribadatannya lalu memanggil “ Juraij, Juraij”. Ketika itu Juraij sedang solat maka ia pun berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku” Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Pada keesokan harinya ibunya datang lagi ke tempat Juraij beribadat namun kedatangannya disambut dengan penuh kekecewaan.

Masuk hari ketiga, Juraij masih mengutamakan solat daripada menyahut seruan seorang ibu yang amat merinduinya. Terlalu kecewa dengan sikap Juraij ini lalu ibunya berdoa kepada Allah “Ya Allah, janganlah matikan Juraij sebelum engkau datangkan fitnah kepadanya”.

Doa Ibu Juraij dimakbulkan Allah. Seorang wanita jahat yang sebelum ini telah berjaya menggoda ramai lelaki membulatkan tekad untuk menggoda Juraij. Dengan penuh angkuh wanita itu telah berkata “aku tidak akan balik ke sini selagi aku tidak dapat menggoda Juraij”

Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya dengan menanggalkan sehelai demi sehelai pakaiannya namun tindakan wanita itu sedikitpun tidak memberi kesan kepada Juraij malah Juraij dengan dengan penuh kusyuk tetap meneruskan solatnya sehinggalah wanita tersebut beredar.

Teringatkan akan kata-katanya itu, wanita tersebut berasa malu untuk kembali ke rumahnya. Tidak jauh dari tempat peribadatan Juraij terdapat sebuah pondok kecil kepunyaan seorang pengembala kambing. Dalam keadaan bersalah beliau telah mengambil keputusan untuk menetap di pondok berkenaan. Wanita tersebut telah bersekdudukan dengan lelaki penggembala kambing tersebut sehingga melahirkan anak.

Sambil mengendong anak, wanita itu tampil di khalayak ramai dan mendakwa bahawa anak yang dikendongkan ini adalah anak hasil dari perkongsiannya dengan Juraij. Mendengar akan kata-kata wanita ini maka seluruh masyarakat kampungnya menjadi marah dan bertindak menyerang Juraij dan menghancurkan pondok ibadatnya.

Juraij merasa hairan dan berkata: Ada apa ini? Mereka menjawab “Engkau telah berzina dengan wanita ini sehingga melahirkan anak”.

Sebelum dijatuhkan hukuman Juraij meminta kebenaran dari mereka dua perkara iaitu diizinkannya mengambil wudhuk dan menunaikan solat dua rakaat.

Setelah selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati bayi tersebut lalu menekan perutnya dan berkata “Wahai bayi, siapa ayahmu”? Bayi yang baru lahir itu menjawab: "Ayahku si Polan, seorang pengembala".

Kesemua mereka yang ada di situ tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata “Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas”.

Juraij berkata: Tidak, binalah semula dari tanah. Mereka pun membangunnya semula dari tanah.

Dari kisah di atas beberapa pengajaran dapat diambil iaitu
1) Kita dilarang menyakiti hati ibubapa apatah lagi menderhaka kepada mereka
2) Doa ibu adalah doa yang paling mustajab
3) Kita wajib melaksanakan setiap suruhan ibubapa kita selagi mana ianya tidak bertentangan dengan perintah Allah.

Sekian Wllahu ‘alam

PENGISLAMAN SAIDINA UMAR


Saidina Umar Al-Khattab r.a sangat dibanggakan oleh seluruh umat Islam dan sangat digeruni oleh orang-orang musyrikin. Pada awalnya beliau sangat kuat menentang Rasulullah S.A.W dan merupakan seorang musuh Islam yang sangat berani menyeksa orang-orang Islam sehinggalah beliau sendiri memeluk agama Islam.

Semasa orang-orang Quraisy bermesyuarat bagi melantik seseorang untuk menjalankan usaha untuk membunuh baginda Rasulullah S.A.W., Saidina  Umar telah menawarkan diri untuk memikul tanggungjawab itu. Tawaran beliau mendapat sorakan daripada hadirin memandangkan beliau merupakan panglima perang Quraisy yang paling terkemuka dan handal. Umar lantas menggalas pedangnya di tengkuk lalu lalu terus pergi untuk menyelesaikan tanggungjawab tersebut.

Dalam perjalanan, beliau bertembung dengan Saad bin Abi Waqqas r.a dari Bani Zuhrah lalu  Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Saidina Umar        
 “Mahu ke mana engkau wahai Umar?”
 “Aku mahu membunuh Muhammad!” jawab Umar.
“Tidakkah engkau sedar bahawa Bani Hashim, Bani Zuhrah dan Bani Abdul Manaf akan bertindak balas membunuhmu”.

Umar tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Saad lalu menghunus pedangnya. Saad juga bertindak sedemikian untuk mempertahankan nyawanya sambil mengisytiharkan keIslamannya.

Pertarungan hampir tercetus dan pada ketika itu Saad berkata: “Terlebih dahulu kamu perbetulkan urusan keluargamu. Adik  perempuanmu dan iparmu telah memeluk Islam”.

Mendengar sahaja berita itu, kemarahan Umar meluap-luap dan beliau menukar langkah untuk menuju ke rumah adiknya. Pintu rumah adiknya dikunci dari dalam dan kedua-dua adiknya sedang menerima pengajaran Al-Quran daripada Khabbab r.a.

Umar mengetuk pintu dan memanggil adiknya supaya membuka pintu.Mendengar suara Umar, Khabbab r.a terus menyembunyikan dirinya dalam sebuah bilik. Beliau terlupa untuk membawa lembaran-lembaran Al-Quran.

 Apabila pintu dibuka, Umar terus memukul adiknya  sambil berkata: “Wahai musuh kepada musuhmu sendiri. Kamu juga telah meninggalkan agama datuk nenek moyang kamu. Apa yang telah  kamu lakukan? Siapakah pemilik suara asing yang aku dengar dari luar sana?’’.

Adik iparnya  menjawab: “Kami sedang bercakap antara satu sama lain”.
Umar bertanya kepadanya: “Adakah kamu juga meninggalkan agama nenek moyang kamu dan memeluk agama baru itu?”.

Adik iparnya menjawab: “Tetapi apa salahnya sekiranya agama yang kami anuti itu lebih baik dan benar?’’.

 Apabila mendengar sahaja jawapan daripada adik iparnya itu, Umar bertambah menyinga lalu memukulnya, menarik janggutnya dan membelasahnya dengan teruk. Apabila adik perempuannya mencelah, dia memukul muka adiknya begitu kuat sehingga mengalir darah dengan banyaknya.

 Adiknya meluahkan perasaannya: “Umar, kami dibelasah hanya kerana kami menjadi seorang muslim.   Dengarlah! Bahawa kami berazam untuk mati sebagai seorang Islam. Kamu bebas melakukan apa sahaja terhadap kami kerana Allah sentiasa berada bersama kami”.

Dia berasa menyesal dengan perbuatannya apabila melihat adiknya berlumuran darah. Matanya terpandang lembaran Al-Quran yang tidak sempat dibawa oleh Khabbab r.a. Lalu beliau cuba untuk mengambil lembaran Al-Quran untuk melihat apakah kandungannya.

Adiknya berkata: “Tidak! Badanmu bernajis dan tidak seorang pun yang bernajis dibenarkan untuk menyentuh Al-Quran”.

Umar mendesak ingin menyentuhnya tetapi adik perempuannya enggan membenarkan tindakannya kecuali beliau membersihkan dirinya terlebih dahulu. Akhirnya Umar akur. Setelah beliau mandi beliau mula membaca lembaran tersebut dan surah yang dibacanya ialah Surah Thaha. Beliau memulakannya daripada awal. Apabila sampai kepada ayat berikut, pemikirannya bertukar sama sekali:



               “Sesungguhnya Aku ini Allah, tidak ada Tuhan selain Aku kerana itu, sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku”.
                                                                                                   (Surah Thaha : ayat 14)

Lantas Umar bersuara:  “Baiklah bawakan aku berjumpa Muhammad”.
Apabila mendengar kata-kata ini, Khabbab pun keluar dari tempat persembunyiannya dan berkata: “Wahai Umar! Berita gembira untukmu. Semalam Rasulullah s.a.w telah berdoa kepada Allah.”Ya Allah! Perkuatkanlah Islam melalui Umar atau Abu Jahal, sesiapa yang Engkau kehendaki”. Nampaknya doa Rasulullah ini diperkenankan untukmu”.

Umar pun pergi menemui Rasulullah s.a.w lalu terus memeluk Islam pada pagi Jumaat. PengIslaman Umar memberikan pukulan hebat kepada semangat orang-orang musyrikin. Namun begitu bilangan umat Islam masih kecil untuk mengimbangi seluruh negeri yang memusuhi mereka. Orang musyrikin melipatgandakan usaha mereka untuk menghancur leburkan dan melenyapkan Islam sama sekali.
  
Dengan kehadiran Umar r.a, orang Islam telah mula berani untuk menunaikan solat di Tanah Haram. Abdullah bin Mas’ud berkata: “PengIslaman Umar adalah satu kejayaan yang sangat besar. Penghijrahannnya ke Madinah menambahkan kekuatan dan pengkhalifahannya mendatangkan sebesar-besar rahmat kepada orang Islam”.

Namun begitu bagi Syiah, pengislaman Saidina Umar  merupakan satu malapetaka serta kecelakaan bagi mereka. Tanpa dalil yang kukuh, mereka telah bertindak mengkafirkan dan melaknat Saidina Umar serta lain - lain sahabat seperti Saidina Abu Bakar dan Saidatina Aisyah.

ANAS BIN MALIK


"Ya Allah,, limpahkan padanya rezkiMu, dan karunia ia anak yang banyak, dan berkahilah hidupnya"
Doa Rasulullah saw kepada Anas bin Malik Ra.

Seluruh penduduk Yathrib (Madinah) menjadi gelisah. Semua orang menatap penuh harap kearah Makkah. seperti menunggu sesuatu dan berharap segera datang dan muncul.

Ditengah mereka tidak terkecuali seorang ibu membawa putra hingusannya. Beliaulah Ummu Sulaim dari Bani an-Najjar bersama putra hingusannya Anas Bin Malik.

Anas bin Malik bin Nadar al-Khazraj telah dilahirkan pada 612. Beliau merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW yang berumur panjang.

Sesaat kemudian. Tiba-tiba semua orang melompat kegirangan, Samada tua, muda dan anak anak, semuanya bergembira. Insan mulia yang dinanti-nantikan itu telahpun muncul dihadapan mereka. Beliau adalah Muhammad bin Abdullah seorang rasul Allah yang diutuskan untuk sekelian alam.

Orang ramai berlumba-lumba memberikan hadiah kepada Rasulullah. Ummu Sulaim yang hidup miskin ditinggal suaminya sewaktu Anas masih kecil juga tidak terkecuali ingin memberikan hadiah buat Rasulullah tercinta.

Lantas beliau mendatangi kediaman rasulullah saw dengan membawa putra satu-satunya.
"wahai rasulullah ,,,Tidak ada di Madinah ini baik laki-laki maupun perempuan kecuali mereka memberimu hadiah, dan saya sungguh tidak memiliki apa yang akan saya hadiahkan untukmu kecuali putra kecilku ini, bawalah ia agar ia boleh berkhidmat kepadamu "
ucap Ummu Sulaim dengan berlinangan airmata bahagia.

Rasulullah saw tersenyum dan mengusap kepala Anas kecil dan memeluknya lalu berdoa "Ya Allah,,limpahkan padanya rezkiMu, dan karunia ia anak yang banyak, dan berkahilah hidupnya.

Semenjak itu Anas sentiasa bersama Rasulullah saw. dan hidup bersama Rasulullah saw selama sepuluh tahun, Rasulullah saw sangat mencintai Anas sepenuh hatinya. Dan beliau selalu memanggil Anas dengan panggilan "Unais" atau "Bunai" yang artinya, Anas kecil.

Antara nasehat dan pelajaran Raulullah saw kepada Anas bin Malik ialah
"wahai Unais, jika engkau sanggup dari pagi hingga ke petang tanpa ada rasa dengki da irihati terhadap seseorang maka lakukanlah, wahai anakku, itulah sebahagian dari sunnahku, maka siapa yang menghidupkan sunnahku, berarti ia mencintaiku, dan siapa yang mencintaiku, ia bersamaaku disyurga nanti".

Terlalu banyak kenangan indah yang dirasakan oleh Anas bin Malik sebagai pembantu Rasullah saw.sehinggakan beliau pernah bernostalgia dengan berkata " Rasulullah adalah orang yang paling baik akhlaqnya, paling lapang dada dan paling penyayang kepada siapapun".

Pernah suatu hari Rasulullah menyuruh saya ke pasar, Sebelum berangkat saya bermain dulu dengan anak anak lain dijalan Ketika sedang asyik bermain, aku merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan memegang bajuku, lantas aku menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah saw.

Sambil tersenyum beliau bertanya "kenapa belum berangkat lagi, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab," ya, aku akan berangkat sekarang wahai Rasulullah",

Demi Allah, selama sepuluh tahun aku berkhidmat dengan Rasulullah s.a.w, tidak pernah sekalipun beliau memarahiku”.

Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, Anas bin Malik telah berhijrah dan menetap di Damaskus dan Basrah. Beliau orang yang paling berduka cita dengan kewafatan Nabi Muhammad ini, telah mengikuti banyak pertempuran dalam membela Islam.

Dan ketika Anas menderita sakit kuat, beliau berpesan " talqinkan aku kalimah la ilaha illallah muhammad Rasulullah”, dan beliau senantiasa mengucapkan kalimah itu sehingga beliau meninggal dunia.

Beliau wafat pada tahun 712 pada usia lebih daripada seratus tahun Diantara tiga orang yang meriwayatkan hadits-haditsnya adalah Abu Hurairah RA dan Abdullah Bin Umar.

Semoga Allah memberkati keluarga Ummu Sulaim dan Anas Bin Malik dan menyediakan untuk mereka tempat mulia disisiNya. Amien. Wallahu A`la