Ahad, Disember 21, 2014

IMAM NAWAWI


Imam Nawawi atau nama sebenatnya Muhyiddin Abu Zakaria  Yahya   bin Syirfu AnNawawi , lahir di Nawa sebuah wilayah yang terletak di Syria pada pertengahan bulan Muharam 631Hijrah.

Beliau  hidup dalam keluarga yang sangat mencintai ilmu agama. Beliau berkebolehan menghafaz AlQuran sejak kecil lagi. Pada tahun 649Hijrah ketika berusia 19 tahun, beliau telah pergi ke Damsyik untuk menuntut ilmu di sana.


Imam Nawawi lebih dikenali sebagai seorang alim rabbani, zuhud dan wara'. Masanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu, mengarang dan beribadat  di tengah malam. Justeru itu beliau telah dapat menguasai pelbagai ilmu.

Makan dan minum habya sekali sahaja dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan badannya. Tidak memakan buah buahan kerana buah buahan di Damsyik pada ketika itu dikhuatiri mengandungi terlalu banyak unsur unsur syubhat.


Kehidupan Imam Nawawi banyak dihabiskan kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dan perkembangan ilmu pengetahuan Islam.

Beliau pernah diusir dari Kota Damsyik oleh Sultan al Malik al Zahir atau Baibars  ( 1260M - 1277 M ) yang tidak senang akan fatwa yang dikeluarkan oleh beliau.


Menurut riwayat, apabila Sultam AlMalik AlZahir ingin mengadakan persiapan perang bagi memerangi Tentera Tartar ( Mongol ) lalu Baginda memerintahkan Imam Nawawi  mengeluarkan fatwa yang mengharuskan pengambilan harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh.

Imam Nawawi berterus terang tidak mahu mengeluarkan fatwa seraya berkata
"

Baginda AlMalik AlZahir sangat murka lalu memerintahkan Imam Nawawi segera keluar dari Kota Damsyik. Imam Nawawi menerima perintah pengusirannya dengan tenang.Beliau telah kembali ke Nawa, kampung halamannya yang terletak di Selatan Kota Damsyik.

Para Ulamak Syam telah berusaha menjemput beliau agar kembali ke Damsyik tetapi beliau enggan dengan berkata "Saya tidak akan balik ke Damsyik selagi Sultan AlMalik AlZahir masih berkuasa".

Imam Nawawi meninggal dunia pada tanggal 24 Rejab 676 Hijrah di Nawa pada usia 45 tahun. Jenazahnya disemadikan di Nawa, bumi kelahirannya..Makamnya telah ditumbuhi sebatang pokok besar  beberapa pemeluk. Pada daun dan dahannya  dikatakan tertulis kalimah kalimah Tauhid. Bimbangkan berlakunya khurafat, dahan dahannya dipotong.

Antara kitab kitab Imam Nawawi yang terkenal adalah;
  1. Syarah Sahih Muslim
  2. Riadhus Solihin
  3. Al Azkar
  4. Al Tibyan fi Adab Hamalat AlQuran
  5. Matan Arba'in ( Hadith 40 )
  6. Al Irsyad wa al Taqrib fi Ulum al Hadith
  7. Al Aidah fi Manasik alHajj
  8. Syarah Muhazzab
  9. Al Raudhah
  10. Tahdhub al Asma' wa al Lughat
  11. Al Minhaj
BACA LAGI..  INFO MENGENAI
 AL MALIK AL ZAHIR ( BAIBARS), SILA KLIK DI SINI

Sabtu, Disember 20, 2014

ABU UBAIDAH ALJARRAH



Beliau adalah Amir bin Abdullah bin al Jarrah, dilahirkan di Mekah dari kalangan keluarga Quraisy yang terhormat iaitu dari suku AlHarith bin Fihr.

Beliau merupakan antara sepuluh orang sahabat yang dijamin syurga.

Abu Ubaidah al Jarrah masuk Islam  bersama Abdur Rahman bin Auf dan Arqam bin Abi Arqam selepas Abu Bakar as Siddiq dan merupakan antara Sahabat Nabi yang turut berhijrah ke Habsyah.

Semasa pemilihan bagi jawatan khalifah yang pertama, Saidina Abu Bakar As Siddiq telah menamakan beliau salah seorang daripada calon, namun masyarakat Islam pada ketika itu telah sepakat mengangkat Abu Bakar sebagai pengganti Rasulullah.

KELEBIHAN ABU UBAIDAH

Hadis Nabi mengenai kelebihan Abu Ubaidah al Jarrah

Sabda Rasulullah
Setiap umat ada penjaga amanahnya dan penjaga amanah bagi umatku adalah Abu Ubaidah Al Jarrah

Sabda Rasulullah
Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah.




KEPRIBADIAN ABU UBAIDAH ALJARRAH
  • Seorang perunding dan pembuat keputusan yang terbaik di kalangan para Sahabat
  • Seorang yang zuhud, tidak tamakkan kuasa dan harta
  • Berperawakan tinggi, kurus, berwibawa dan amat pemalu.
  • Seorang yang berani dan jujur. 

Pada suatu hari satu rombongan dari Bani Najran datang menemui Rasulullah dan meminta Baginda menghantar seorang yang boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran di kalangan mereka serta mengajar mereka agama Islam.

Rasulullah berjanji akan menghantar seorang yang berani dan jujur. Orang yang dimaksudkan dengan Berani dan Jujur ini adalah Abu Ubaidah al Jarrah.


SIRI PEPERNGAN YNG PERNAH DISERTAI ABU UBAIDAH BERSAMA RASULULLAH

 PEPERANGAN BADAR  

Peperangan ini berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2H bersamaan 13 Mac Mac 624M antara tentera Muslimin dengan tentera Musyrikin Mekah.

Bilangan tentera Muslimin berjumlah 314 orang manakala tentera Musyrikin Mekah adalah seramai 950 orang.

Peperangan Badar adalah satu peperangan yang menyaksikan pertembungan dua beranak antara Abu Ubaidah al Jarrah di barisan tentera Muslimin dengan ayahnya di pihak musuh.

Abu Ubaidah sedaya upaya cuba melarikan diri dari bertembung dengan ayahnya namun tidak berjaya kerana ayahnya sentiasa mengekori dan menghalang pergerakannya.

Dalam keadaan terpaksa, Abu Ubaidah al Jarrah tiada pilihan lain selain menghayunkan pedang dan membunuh ayahnya sendiri.

Kisah ini menjadi Asbabul Nuzul (sebab turunnya ayat) kepada Surah al Mujadalah ayat 22

 PEPERANGAN UHUD  

Peperangan Uhud berlaku pada tahun 3H bersamaan 625M juga antara Tentera Muslimin menentang Musyrikin Mekah.

Semasa Perang Uhud, Rasulullah telah terjatuh sehingga gigi depan Baginda retak, keningnya luka dan pipi Baginda terkena dua mata rantai perisai, lantas Abu Ubaidah al Jarrah bertindak mencabutnya menggukan giginya.

Ketika mata rantai pertama dicabut, gigi Abu Ubaidah al Jarrah masih kuat dan utuh namun ketika mencabut mata rantai kedua giginya turut tercabut bersama sama mata rantai perisai tersebut.



MENGETUAI PEPERANGAN MEMBEBASKAN BAITUL MUQADDIS

Peperangan Yarmuk yang berlaku pada tahun 634M bersamaan 13H merupakan satu peperangan yang sangat penting dalam sejarah Islam.

Abu Ubaidah al Jarrah telah dilantik oleh Saidina Umar menjadi Panglima Perang Tentera Islam menggantikan Khalid bin al Walid.

Dalam peperangan ini, Tentera Muslimin telah berjaya menakluk kota kota besar seperti Damsyik, Aleppo, Hims, Antakia sebelum mara ke Baitul Muqaddis.

Atas permintaan daripada Ketua Paderi Baitul Maqdis yang tidak mahu berlaku pertumpahan darah, Abu Ubaidah al Jarrah telah menulis surat menjemput Saidina Umar datang sendiri ke Baitul Muqaddis untuk menerima penyerahan kunci Kota Suci tersebut.


KEWAFATAN ABU UBAIDAH

Abu Ubaidah al Jarrah meninggal dunia pada tahun 18H bersamaan tahun 640 M akibat wabak Taun. Jenazah beliau telah disemadikan di Jordan. Tempat beliau telah diambil alih oleh Muaz bin Jabal.