Ahad, November 23, 2008

MENCARI SAHABAT LAMA


Semalam ( Sabtu ) merupakan hari yang menyeronokkan bagi saya. Apa taknya, sejak balik pada tahun 1997 hinggalah sekarang (lebihkurang 11 tahun terpisah ) akhirnya dengan izin Allah saya dapat mendengar gelak tawa serta khabar berita dari mereka. Banyaklah perkara yang diperbualkan sungguhpun di dalam telefon. Antara soalan popular bila dah lama tak jumpa ialah "Awak dah berapa orang anak dah" kemudian barulah tanya tempat tinggal, keje apa, kat mana dan macam macam lagi.

Hari ini (Ahad 23/11/2008 ) satu perjumpaan bekas pelajar pelajar Jordan akan diadakan di Kuantan.Dengar je ada perjumpaan seperti ini tambahlah seronok sesangat. Apa taknya boleh jejumpa kekawan lama tapi setakat seronok je lah-tak boleh pergi sebab dah ada temujanji dengan orang lain. Walau apapun Tahniah kepada budak budak Pahang yang berusaha menganjurkan program seperti ini. Nanti kirim kirimkanlah gambar yang diambil tu- bolehlah dikongsikan dengan sahabat sahabat yang lain.

Haa , cakap je tentang gambar, dini saya nak kongsikan dengan sahabat sahabat gambar kenang kenangan saya semasa belajar di Jordan dari tahun 1992-1997. Semua gambar ini diambil di rumah saya dengan budak budak Pahang di Harah Tujuh Iskan Abu Nusair OK.