Imam Nawawi atau nama sebenatnya Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu AnNawawi , lahir di Nawa sebuah wilayah yang terletak di Syria pada pertengahan bulan Muharam 631Hijrah.
Beliau hidup dalam keluarga yang sangat mencintai ilmu agama. Beliau berkebolehan menghafaz AlQuran sejak kecil lagi. Pada tahun 649Hijrah ketika berusia 19 tahun, beliau telah pergi ke Damsyik untuk menuntut ilmu di sana.
Imam Nawawi lebih dikenali sebagai seorang alim rabbani, zuhud dan wara'. Masanya banyak dihabiskan dengan menuntut ilmu, mengarang dan beribadat di tengah malam. Justeru itu beliau telah dapat menguasai pelbagai ilmu.
Makan dan minum habya sekali sahaja dalam sehari, sekadar memelihara kesihatan badannya. Tidak memakan buah buahan kerana buah buahan di Damsyik pada ketika itu dikhuatiri mengandungi terlalu banyak unsur unsur syubhat.
Kehidupan Imam Nawawi banyak dihabiskan kepada bakti dan khidmat suci terhadap penyebaran dan perkembangan ilmu pengetahuan Islam.
Beliau pernah diusir dari Kota Damsyik oleh Sultan al Malik al Zahir atau Baibars ( 1260M - 1277 M ) yang tidak senang akan fatwa yang dikeluarkan oleh beliau.
Menurut riwayat, apabila Sultam AlMalik AlZahir ingin mengadakan persiapan perang bagi memerangi Tentera Tartar ( Mongol ) lalu Baginda memerintahkan Imam Nawawi mengeluarkan fatwa yang mengharuskan pengambilan harta rakyat untuk kepentingan perang melawan musuh.
Imam Nawawi berterus terang tidak mahu mengeluarkan fatwa seraya berkata
"
Baginda AlMalik AlZahir sangat murka lalu memerintahkan Imam Nawawi segera keluar dari Kota Damsyik. Imam Nawawi menerima perintah pengusirannya dengan tenang.Beliau telah kembali ke Nawa, kampung halamannya yang terletak di Selatan Kota Damsyik.

Para Ulamak Syam telah berusaha menjemput beliau agar kembali ke Damsyik tetapi beliau enggan dengan berkata "Saya tidak akan balik ke Damsyik selagi Sultan AlMalik AlZahir masih berkuasa".
Imam Nawawi meninggal dunia pada tanggal 24 Rejab 676 Hijrah di Nawa pada usia 45 tahun. Jenazahnya disemadikan di Nawa, bumi kelahirannya..Makamnya telah ditumbuhi sebatang pokok besar beberapa pemeluk. Pada daun dan dahannya dikatakan tertulis kalimah kalimah Tauhid. Bimbangkan berlakunya khurafat, dahan dahannya dipotong.
- Syarah Sahih Muslim
- Riadhus Solihin
- Al Azkar
- Al Tibyan fi Adab Hamalat AlQuran
- Matan Arba'in ( Hadith 40 )
- Al Irsyad wa al Taqrib fi Ulum al Hadith
- Al Aidah fi Manasik alHajj
- Syarah Muhazzab
- Al Raudhah
- Tahdhub al Asma' wa al Lughat
- Al Minhaj
BACA LAGI.. INFO MENGENAI
AL MALIK AL ZAHIR ( BAIBARS), SILA KLIK DI SINI