Sabtu, Ogos 02, 2014

SULTAN ABDUL HAMID 2

Sultan Abdul Hamid II, lahir pada hari Rabu, 21 September 1842 bersamaan 15 Syaaban 1258H. Dengan nama lengkapnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Sultan adalah putera Abdul Majid dari isteri kedua beliau. Ibunya meninggal dunia ketika beliau berusia 7 tahun. Sultan Abdul Hamid II menguasai bahasa Turki, Arab, dan Parsi.

Sebelumnya, kekhalifahan dipimpin bapa saudaranya iaitu Abdul Aziz yang berkuasa cukup lama. Sultan Abdul Aziz digulingkan kemudian dibunuh oleh musuh politik Khilafah Utsmaniyyah. 


Khalifah setelah Abdul Aziz adalah Sultan Murad V, putera Abdul Aziz. Namun kekuasaannya tidak lama dan digulingkan setelah 93 hari berkuasa kerana dianggap tidak upaya menjadi khalifah.

Sultan Abdul Aziz mewariskan negara dalam keadaan tidak terurus. Tunggakan hutang luar negeri, parlimen yang tidak berfungsi, campur tangan asing di dalam negeri, tarik menarik antara pelbagai kepentingan Dewan Negara dan Dewan Menteri serta para ahli politik yang korup.

Pada hari Isnin 14 Ogos 1876 bersamaan 23 Rejab 1293 H, Sultan Abdul Hamid dibai’at sebagai Khalifahd. Ketika itu Baginda berusia 34 tahun. 

Kebijaksanaannya menguruskan urusan seluruh kaum Muslimin membuatkan ia semakin popular. Sokongan padu kaum Muslimin dan kesetiaan mereka terhadap Sultan Abdul Hamid II ini berhasil mengurangi tekanan Eropah terhadap Daulah Uthmaniyyah.




Sultan Abdul Hamid II telah memimpin sebuah kerajaan yang luasnya terbentang dari timur hinggalah ke barat. Pemerintahannya selama 30 tahun sentiasa dikelilingi konspirasi serta fitnah dari dalam dan luar negeri.

Ini termasuk usaha jahat yang dilakukan oleh kaum Yahudi untuk mendapatkan sebidang tanah di bumi Palestin yang ketika itu menjadi sebahagian dari empayar Kerajaan Uthmaniyyah. Pelbagai langkah dan strategi dilancarkan oleh kaum Yahudi agar mereka dapat memasuki Palestin, antaranya;

  1. Sekelompok Yahudi Rusia mengajukan permohonan pada tahun 1892 kepada Sultan Abdul Hamid, untuk mendapatkan keizinan untuk tinggal di Palestin.
  2. Theodor Hertzl, penulis Der Judenstaat (Negara Yahudi), pengasas negara Israel sekarang menemui Sultan Abdul Hamid pada tahun 1896 sambil meminta izin mendirikan perniagaan di al Quds
  3. Melakukan Konferensi Basel di Switzerland, pada 29 - 31 Ogos 1897 dalam rangka merumuskan strategi baru menghancurkan Khilafah Uthmaniyyah.

Oleh kerana peranan dan aktiviti Yahudi yang terlalu mendesak dan semakin menjadi-jadi, akhirnya Sultan pada tahun 1900 mengeluarkan arahan melarang rombongan penziarah Yahudi untuk tinggal lebih dari tiga bulan di Palestin, pasport Yahudi harus diserahkan kepada petugas khilafah yang berkaitan. 


Seterusnya pada tahun 1901 Sultan mengeluarkan arahan mengharamkan penjualan tanah di Palestin kepada Yahudi.


Theodor Hertzl,

Pada tahun 1902, Hertzl untuk kesekian kalinya mengadap Sultan Abdul Hamid untuk melakukan penyogokan (rasuah). Di antara sogokkan yang Hertzl tawarkan kepada Sultan adalah
  1. 150 juta pound sterling Inggeris khusus untuk Sultan.
  2. Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencecah 33 juta pound sterling Inggeris.
  3. Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank
  4. Memberi pinjaman 5 juta pound sterling tanpa bunga.
  5. Membangunkan Universiti Ustmaniyyah di Palestin.


Semuanya ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan kepada Tahsin Basya, Perdana Menterinya, sambil menberikan pesanan,



Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. 

Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka”. 

Sejak saat itu kaum Yahudi dengan Zionisme melancarkan gerakan untuk menumbangkan Sultan. Dengan menggunakan pelbagai kempen dan istilah seperti “liberation”, “freedom”, dan sebagainya, mereka menyebut pemerintahan Abdul Hamid II sebagai “Hamidian Absolutism”, dan sebagainya.

   :  :  SULTAN ABDUL HAMID 2 DIKHINATI      

Pada malam 27 April 1909 ( Selasa 6 Rabiul Akhir 1327H ), Sultan Abdul Hamid telah didatangi beberapa orang tamu yang tidak diundang. Kedatangan mereka ke Istana Yildiz menjadi catatan sejarah yang tidak akan pernah dilupakan. 



Mereka datang atas nama perwakilan 240 anggota Parlimen Utsmaniyyah yang bersetuju dengan penggulingan Abdul Hamid II dari kekuasaannya. 

Senator Sheikh Hamdi Afandi Mali turut mengeluarkan fatwa tentang penggulingan tersebut dengan persetujuan oleh anggota senat yang lain. 

Keempat utusan itu adalah 


  1. Emmanuel Carasso, seorang Yahudi warga Itali dan wakil rakyat Salonika (Thessaloniki) di Parlimen Uthmaniyyah (Meclis-i Mebusan)
  2. Aram Efendi,wakil rakyat Armenia, 
  3. Laz Arif Hikmet Pasha, anggota Dewan Senat yang juga panglima Ketenteraan Utsmaniyyah, 
  4. Arnavut Esat Toptani, wakil rakyat daerah Daraj di Meclis-i Mebus


Sultan Abdul Hamid tidak selesa menerima kedatangan mereka yang kelihatannya begitu tiba-tiba dan mendesak. Tidak ada simpati di raut wajah mereka. Dengan nada angkuh, Esat Pasha menyampampaikan berita pemecatan ini.


Negara telah memecatku, itu tidak ada masalah,…. tetapi kenapa kalian membawa serta Yahudi ini ( Emmanuel Carasso ) masuk ke tempatku?”

Jawab Sultan dengan nada yang amat murka.
Emmanuel Carasso adalah orang yang pernah bersekongkol dengan Theodor Herzl ketika ingin mendapatkan keizinan menempatkan Yahudi di Palestin.


Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid ini telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk dan Sultan Abdul Hamid II sendiri telah kehilangan kuasa dan diturunkan dari takhta.

Sultan Abdul Hamid memandang wajah puteranya Abdul Rahim, serta puterinya yang terpaksa menyaksikan pengkhianatan terhadap dirinya. Malang sungguh anak-anak ini terpaksa menyaksikan kejadian yang memilukan malam itu. “Bawa adik-adikmu ke dalam.” Sultan Abdul Hamid menyuruhh Amir Abdul Rahim membawa adik-adiknya ke dalam kamar.

Membayangkan masa depan anak-anaknya yang masih kecil seramai sembilan orang lelaki dan tujuh orang perempuan , Sultan Abdul Hamid yang akur dengan pemecatan ini meminta pertimbangan agar dia dan keluarganya dibenarkan . tinggal di istana Caragan.




Namun permintaan ini ditolak mentah-mentah. Dengan berat hati Sultan dan anggota keluarganya terpaksa meninggalkan Istana Yildiz. iaitu istana kayu yang menjadi tempat tinggal Sultan Abdul Hamid. Pada malam itu juga, Sultan bersama para anggota keluarganya telah diangkut dan dibawa ke Salonika, Yunani.

Dengan ini atas sokongan kaum Yahudi, Sultan Mehmed V telah dilantik menjadi pemerintah kerajaan Uthmaniyyah yang baru. Sultan Mehmed V telah dijadikan “ boneka “ dalam menjayakan kempen kaum Yahudi melumpuhkan kekuasaan Daulah Uthmaniyyah.

Sultan Abdul Hamid II dan keluarganya telah dipenjarakan dalam istana tua milik Yahudi di Beylerbeyi. Selama 6 tahun mereka telah dikurung dalam kamar tanpa perabot. 




Sultan dan beberapa anggota keluarganya tidak dibenarkan keluar kecuali untuk menunaikan solat Jumaat di luar istana dengan kawalan yang amat ketat.Makan dan minumnya disukat sedemikian rupa dan kualiti makanan adalah sangat rendah.

Hari ahad 10 Februari, 1918 bersamaan 28 Rabiul Akhir 1336H. Sultan Abdul Hamid II pemerintah Daulah Uthmaniyyah yang terakhir telah menghembuskan nafasnya di dalam penjara Beylerbeyi

Sumber;
1. Harb, Muhammad (1998).
2. Catatan Harian Sultan Abdul Hamid II. Darul Qalam, ; Asy-Syalabi, Ali Muhammad (2003)
3. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah ‘Utsmaniyah. Pustaka Al-Kautsar, 403-425.

Tiada ulasan: