Madyan merupakan salah satu kawasan peninggalan sejarah dan tempat pelancongan yang terkenal di Jordan. Kalimah Madyan diambil dari nama putera Nabi Ibrahim a.s kemudian menjadi kabilah yang terdiri daripada anak cucu Madyan.
Kabilah ini mendiami satu kawasan tanah subur dan kaya dengan khazanah alam semulajadi.
Para penduduk menjalankan kegiatan berniaga sebagai sumber pendapatan utama.
Namun mereka kerap tidak jujur dalam urusan perniagaan. Mereka mengurangkan timbangan dan berdusta dalam pengiraan. Mereka juga cenderung untuk menipu, tidak berakhlak, berzina dan bermacam-macam lagi jenayah.
Bagi mereka kemunkaran, kemaksiatan dan penipuan adalah sesuatu yang lumrah . Para pedagang dan petani kecil selalu menjadi mangsa permainan para pedagang-pedagang besar, sehingga yang kaya semakin kaya dan yang miskin pula semakin melarat hidupnya.
ALLAH UTUSKAN NABI SYUAIB KEPADA PENDUDUK MADYAN
Sebelum kedatangan Nabi Syuaib a.s, Kaum Madyan merupakan satu kaum yang menyembah "Aikah" iaitu sebuah kawasan padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanaman. Mereka juga tidak mempercayai akan kekuasaan Tuhan, yang menyebabkan mereka sudah tidak mengendahkan lagi akan batas-batas kesusilaan dan nilai-nilai murni.
Sehubungan dengan ini maka Allah telah menghantar Nabi Syuaib a.s, () untuk memperbaiki dan mencorakkan semula penduduk di Madyan.
Nabi Syuaib a.s amat mahir di dalam pidato dan meneruskan dakwah rasul terdahulu darinya mengajak kaumnya keluar dari kesesatan dan kembali di jalan Allah. Namun begitu usahanya ditentang hebat oleh kaumnya dan mereka bertindak mengusir Nabi Syuaib a.s dari wilayah mereka.
***Nabi Syuaib a.s mendapati hati kaumnya sudah tertutup rapat dan tiada harapan lagi untuk menerima agama Allah. Baginda berdoa agar kaumnya dibinasakan maka bala Allah telah turun kepada kaum Madyan sepertimana firmanNya di dalam Surah Al-A’raf ayat 91:
فَأَخَذَنْهُمُ الرَّجْفَةُ فَأَصْبَحُوا فِى دَارِهِمْ جَثِمِينَ
KAUM MADYAN DIBINASAKAN
Ketika mana bala terhadap Madyan diturunkan, udara di wilayah tersebut menjadi panas dan terik matahari pada hari itu seperti membakar kulit dan mengeringkan kerongkong sehingga mereka amat-amat dahaga. Mereka berlari ke dalam rumah dan di bawah pohon pokok untuk berlindung diri dari kepanasan tersebut namun tidak dapat menghalang derita panas tersebut.
Tiba-tiba mereka terlihat gumpalan awan hitam berada di atas udara dan mereka berlari ke bawah awan tersebut untuk berlindung diri.
Setelah mana mereka berada di bawah awan tersebut maka jatuhlah ke atas mereka percikan api dari awan tersebut dan disusuli oleh dentuman guruh petir dengan ledakan yang dahsyat, sementara bumi di bawah mereka bergoyang dengan kerasnya menjadikan mereka berjatuhan, tertimbun di bawah dan melayanglah nyawa dan lenyaplah masyarakat Madyan Kewafatan nabi Syu'aib
Nabi Syuaib a.s wafat tidak lama selepas kemusnahan penduduk Madyan. Baginda telah dikebumikan di Shaban berdekatan dengan lembah Ibn' Ali. Kebanyakan pelawat datang dari jauh untuk melawat makam baginda