Ahad, Ogos 03, 2014

IBNU TAIMIAYAH

IBNU TAYMIAH
Nama beliau adalah Abu al-Abbas Taqiuddin Ahmad ibn Abd al-Salam ibn Abdullah ibn Taymiya al-Harrani merupakan seorang pemikir dan ulama Islam dari Harran, Turki.. Beliau telah dilahirkan pada 22 Januari 1263 bersamaan 10 Rabiul Awwal 661 H iaitu pada zaman kegemilangan pemerintahan Kerajaan Islam Bani Abbasiyah di Baghdad
Semenjak kecil sudah nampak tanda-tanda kecerdasan pada diri beliau. Ketika berusia enam tahun (tahun 1268), beliau telah dibawa oleh ayahnya ke Damsyiq, Syria.

Di Damsyiq beliau menghafal Al-Qur’an dan menuntut pelbagai cabang ilmu daripada para ulama, huffazh dan ahli-ahli hadits. Ketika umur beliau belum mencapai belasan tahun, beliau sudah menguasai ilmu- ilmu Usuluddin, Tafsir, Hadits dan Bahasa Arab. Beliau juga telah mengkaji musnad Imam Ahmad, kemudian kitab Kutubus Sittah dan Mu’jam At-Thabarani Al-Kabir.

Kemampuan beliau dalam menuntut ilmu mulai terserlah pada usia 17 tahun. Pada usia 19 tahun beliau telah memberi fatwa dalam masalah masalah keagamaan. Penguasaan Ibnu Taimiyah dalam ilmu - ilmu Islam telah berjaya mengatasi kemampuan para ulama zamannya.

Selain daripada menghafal matan-matan hadits, Ibnu Taymiyyah juga amat menguasai ilmu-ilmu berkaitan dengan hadith seperti ilmu Rijalul hadits, Al-Jarhu wat Ta’dil dan Thabaqah-Thabaqah sanad . Ilmu Rijalul Hadith ialah ilmu yang mengkaji tentang latarbelakang orang yang meriwayatkan atau membawa sesuatu hadith.

Setiap malam Ibnu Taymiyyah menulis tafsir, fiqh dan ilmu Usul Sehari semalam beliau mampu menulis empat buah kurrosah (buku kecil) yang memuat berbagai pendapatnya dalam bidang syari'ah. Ibnul Wardi menuturkan dalam Tarikh Ibnul Wardi bahwa karangan beliau mencapai lima ratus judul. Karya-karya beliau yang terkenal adalah Majmu' Fatawa yang berisi masalah fatwa fatwa dalam agama Islam

Beliau wafat di dalam penjara Qal`ah Dimasyq pada tanggal 20 DzulHijjah th. 728 H. Jenazah beliau disolatkan di masjid Jami`Bani Umayah sesudah solat Zohor dan dikebumikan sebelah makam saudaranya Syaikh Jamal Al-Islam Syarafuddin.

Menurut Al-Allamah As-Syaikh Al-Karamy Al-Hambali dalam Kitabnya Al-Kawakib AD-Darary : “Banyak sekali imam-imam Islam yang memberikan pujian kepada (Ibnu Taimiyah) ini. Diantaranya: Al-Hafizh Al-Mizzy, Ibnu Daqiq Al-Ied, Abu Hayyan An-Nahwy, Al-Hafizh Ibnu Sayyid An-Nas, Al-Hafizh Az-Zamlakany, Al-Hafidh Adz-Dzahabi dan para imam ulama lain”.

Tiada ulasan: