Segar dalam ingatan September 1991 ku menjejaki kakiku ke bumi bertuah, bumi yang penuh barakah, bumi yang menyaksikan kegigihan para Anbiya' menyampaikan risalah ilahi.Saya serta rombongan seramai lapan orang telah disambut oleh Ustaz Fuad bin Abdullah dan dibawa menetap di rumahnya yang terletak di Jubaiha. Setelah beberapa hari di rumahnya kami di paraidkan kerumah syabab " Malizi " di Jordan.
Gambar kenangan hari pertama menjejakkan kaki dibumi Jordan. Pemandangan di Mujamma' 'Abdali
Musim sejuk pun datang rumah yang diduduki amat da'if sekali - serba serbinya kurang. Dah lah Abu nusair tu kawasan tanah tinggi , dibiarkan kami kesejukan tanpa sobah. Sakhonah yang dijanjikan tu memang ada bendanya tapi dah "kharban" - rosak- langsung tak boleh pakai.
Bergambar di rumah Ustaz Fuad bin Abdullah (kanan duduk)
Tapi lepas dapat duit, dah masuk rumah tahu tahu itu takda, ini takda dan sebagainya. Bila kita tanya, macam macam alasan yang diberi. " kullu 'ala ahsabik " -Semua tu atas tanggung jawab engkau. Eik! ke kita lak yang tanggung. Banyak cantik. Kita sewa rumah dia, kita bayar sewa kat dia dan kita lak yang dia suruh buat itu ini. Geram dan sakit hati sungguh. Awal-awal lagi dah kena. Masa tu ingatkan semua orang arab tu baik, sebab pakai jubah + igal kat kepala konon nampak warak lah sikit. Tak terbayang yang mereka ni pe...pu. Pendek cerita maka kamipun tunggu apalagi "ca alif but" lah
Ustaz Sobri Radzi (gambar kiri ) merupakan satu-satunya sahabat saya yang paling akrab di sana. Kemana sahaja saya pergi pasti bersamanya (ewah macam laki bini lak ). Dengannya banyak pengalaman pahit manis yang tidak boleh dilupakan. Saya dan Ustaz Sobrilah antara yang menjadi mangsa "tendang bola" semasa sesat kat baladNantikan paparan seterusnya... bye
2 ulasan:
salam ziarahh.. ^_^
ustaz yang mana sorg?
Catat Ulasan