Semasa mula-mula datang, saya menganggap empuna nama seperti Isa, Musa, Kamal, Yaakob dan sebagainya sudah semestinya beragama islam. Namun begitu sangkaan saya ini meleset begitu sekali dan sama-sama kita kongsikan kisah ini.
Hakikatnya penggunaan nama tesebut amat popular sekali digunakan oleh orang orang Kristian di negara arab.
Dalam ramai ramai tu , ada seorang pemuda yang bernama Kamal Yaakob Kamal tidak ikut solat bersama kami. Saya rasa pelik dan cuba bertanya kepadanya . Dalam jawapannya dia mengatakan bahawa dia adalah seorang penganut agama kristian.
Saya tidak puas hati dan menganggapkan itu sebagai satu alasan untuk dia tidak mendirikan sembahyang. Keesokan harinya saya tanya kepada kawan-kawan yang mengenalinya dan kebanyakan mereka mengakui bahawa pemuda itu adalah beragama kristian.
- Mereka adalah berketurunan arab dan nama nama tersebut merupakan nama nama arab.
- nama nama tersebut juga merupakan nama nama nabi - nabi yang pernah datang kepada mereka.
Begitu juga dengan nama nama bagi kaum hawa seperti Mariyam dan Sarah turut popular di kalangan wanita arab beragama kristian.