Untuk menghindarkan dirinya daripada gangguan, Juraij telah membina sebuah pondok kecil yang terletak jauh di atas sebuah bukit.
Pada suatu hari ibunya datang ke pondok Juraij lalu memanggil “ Juraij, Juraij”.
Ketika itu Juraij sedang solat maka ia pun berkata dalam hatinya:
Ya Tuhanku, apakah aku perlu penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatkuAkhirnya dia mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya sahaja.
Ibunya merasa amat kecewa dan pulang ke rumah. Pada keesokan harinya ibunya datang lagi ke tempat Juraij beribadat, namun kedatangannya disambut dengan penuh kekecewaan.
Masuk hari ketiga, Juraij masih mengutamakan solat daripada menyahut seruan ibu yang amat merinduinya.
Terlalu kecewa dengan sikap Juraij ini, lalu ibunya berdoa kepada Allah
Doa ibu Juraij dimakbulkan Allah. Allah datangkan seorang pelacur yang sebelum ini telah berjaya menggoda ramai lelaki.
Dengan penuh angkuh wanita itu telah berkata
Aku tidak akan balik ke sini selagi aku tidak dapat menggoda Juraij”Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya dengan menanggalkan sehelai demi sehelai pakaiannya.
Namun ianya sedikitpun tidak memberi kesan kepada Juraij malah Juraij dengan dengan penuh kusyuk tetap meneruskan solatnya sehinggalah wanita tersebut beredar.
Teringatkan akan kata-katanya itu, wanita tersebut berasa malu untuk kembali ke rumahnya.
Tidak jauh dari pondok Juraij, terdapat sebuah pondok milik seorang pengembala lembu.
Maka pelacur tersebut telah mengambil keputusan untuk bermalam sahaja di pondok itu bersama Si pengembala.
Mereka telah bersekedudukan sehingga melahirkan anak.
JURAIJ DIBAWA KE ISTANA
Di hadapan Raja, wanita tersebut mendakwa bahawa bayi yang ada bersamanya itu adalah anak hasil hubungan zina dia dengan Juraij.
Mendengar akan kata-kata wanita ini maka Raja memerintahkan Juraij di bawa ke istana dan pondok ibadatnya dirobohkan.
Dalam perjalanan menuju ke istana, Juraij telah diperlihatkan dengan wajah wajah pelacur.
Juraij merasa hairan dan berkata: Ada apa ini? Mereka menjawab
Engkau telah berzina dengan wanita ini sehingga melahirkan anak
Sebelum dijatuhkan hukuman Juraij meminta kebenaran dari mereka dua perkara iaitu diizinkannya
- Mengambil wudhuk dan
- Menunaikan solat dua rakaat.
Setelah selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati bayi tersebut lalu menekan perutnya dan berkata
Wahai bayi, siapa ayahmu?
Bayi yang baru lahir itu menjawab:
Ayahku si Polan, seorang pengembala
Kesemua mereka yang ada di situ tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata
Biarlah tempat ibadatanmu ini kami bina semula dan akan kami buat dari bahan emas.Juraij menoak seraya berkata:
Tidak, binalah semula dari tanah.Mereka pun membangunnya semula dari tanah.
Demikian sebuah kisah benar yang berlaku kepada umat terdahulu yang diceritakan oleh Rasulullah ﷺ
💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜
PENGAJARAN
DARIPADA KISAH INI
💙💚💛💜💖💖💖💙💚💛💜
Doa ibu tiada hijab sekalipun ia mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak anaknya.
Oleh yang demikian, maka berhati-hatilah dengan setiap perbuatan dan tutur kata kita terhadap mereka.
والله أعلم
Tiada ulasan:
Catat Ulasan