Khamis, Oktober 30, 2008

SEKALONG DOA UNTUK IBU

Bab mengaji masa kecik-kecik dulu bukanlah pandai sangat. Alif, Ba, Ta dah banyak kali ulang tapi tak dapat dapat sampaimengeluhlah juga ustaz yang mengajar tu, Bodoh, bahlul, apalah ke bengap sangat kau ni dan macam macam lagi dah jadi lumrah kepada semua insan yang senasib dengan saya.

1975 masa tu darjah dua dari Kg. Bumiputra (datok Keramat) berpindah ke Ampang - sebuah kawasan black area masa tu. Kali ni ngaji kat surau lak dan hari hari pergi ngaji (tunjuk rajinlah kot kat orang tua konon tapi hakikatnya datang sana bukannya ngaji tapi main) .Kalau ngajipun bila semua orang dah habis. Berita ini sampai ke pengetahuan orang tua saya, Aduhhh Kantoii, Siapa lak yang memandai bagi tahu ini.Geram betul, Kalau aku dapat aku cepuk cepuk dia sampai mampus" demikianlah bisikan hati nurani tak puas hati selepas kena marah. (padan muka sapa suruh hang main)

Aku "dipaksa ngaji kat rumah dan gurunya adalah ayahku sendiri. (telah kembali rahmatullah pada 6hb April 1999 ). Masa tu barulah tahu erti kebebasan, menyesal tak sudah - elok elok ngaji kat luar dah kena balik ngaji kat rumah lak.Selagi anak saudaraku tak bangun selagi itulah aku kena ngaji. Panas ponggong- kejap bersila dan kejap lagi pula bersimpuh

Arwah ibuku setiap hari menangis mengenangkan gelagat anak bongsunya ini. Dengan linangan air mata beserta nada kecewa dan sedih beliau berpesan agar diriku tidak jadi sepertinya yang tidak tahu membaca AlQur'an. Sampai sekarang masihku ingat lagi kata - katanya itu.

Kata kata ini sedikit sebanyak telah merubah gaya hidupku. Sejak dari itu aku sentiasa mengikuti setiap pengajian yang diadakan di Masjid Negara dengan penuh minat ( semasa tu aku bekerja di kantin Masjid Negara) . Melihatkan kepada perkembangan ini, maka aku ditawarkan belajar dalam bidang agama di Madrasah Al Ulum, Batu 20 Bagan Datok, Perak. Di sinilah mutiara yang kucari selama ini telahpun ku temui semuanya. Dan disinilah jugalah tempat yang mengajar aku tentang kehidupan dan memantapkan kefahamanku tentang Islam.

Sept 1992, di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang, dengan langkah yang sayu ku melangkah longlai meninggalkan kedua ibu dan bapa yang tercinta, Dengan kehendak Allah, rupanya itulah pertemuan terakhir aku dan ibuku.

Tak tahulah kenapakah agaknya, sebulan sebelum pemergiannya hati ini tergerak sangat untuk membaca AlQur'an. Tamat sahaja juz 10, aku mendapat panggilan telefon memintaku pulang segera kerana ibuku sedang sakit tenat . Ketika itu baru sahaja habis Fasa awal dan aku bercadang ingin mengerjakan umrah di Mekah.

Di Malaysia ku dapati ibuku telah terlantar di atas katil sedang menunggu kepulangan anaknya. Ku panggil namanya perlahan lahan di telinganya. Ibuku menjawab dengan menarik lafaz lega. Aku teruskan pembacaan AlQur'anku. Selang beberapa hari, Ibuku yang tercinta telah kembali menemui Allah buat selama-lamanya dan aku iringi pemergiannya dengan baki bacaan AlQur'anku sebagai hadiah dan doa untuknya.

رَبِّ اغْفِرلِي وَلِوَاِلَديَّ وَارْحَمْهُمَا كََمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا


" Ya Allah ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sewaktu kecilku "




1 ulasan:

Atan berkata...

salam...
saudara sungguh bertuah dapat membacakan al qur'an untuk aruah ibu saudara...
saya yang tak tahu mengaji ni hanya mampu membacakan al fatiha semasa ibu saya koma..
sesungguhnya ibu kita adalah insan yang amat mulia dan besar jasa nya pada kita..

semoga semua roh ibu kita di tempatkan di kalangan orang yang beriman